KEMUDAHAN DI CAMERON HIGHLANDS


Kemudahan : JPJ buka cawangan di Cameron Highlands
GUA MUSANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk kemudahan orang ramai membuat urusan berkaitan lesen memandu dan membaharui cukai jalan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata bangunan cawangan baru itu sudah dikenal pasti dan kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kami terima banyak pertanyaan daripada orang ramai khususnya pemimpin masyarakat supaya JPJ membuka cawangan di Cameron Highlands apartments kerana selama ini mereka terpaksa berurusan dengan JPJ di Ipoh, Perak atau di Gua Musang.

"Kita rasa bertanggungjawab untuk membuka cawangan JPJ di Cameron Highlands apartments sebagai langkah terbaik untuk mengatasi masalah orang ramai yang ingin berurusan perkara berkaitan," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Lojing, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah JPJ Kelantan, Abd Ghani Kasim, dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Faridah Mat.

Pada majlis itu, seramai 374 penduduk Orang Asli dari beberapa kampung pedalaman Hulu Kelantan memperoleh lesen memandu kelas B2.

Solah berkata, JPJ memberi komitmen yang tinggi terhadap permasalahan rakyat negara ini untuk mendapat perkhidmat terbaik terutama memberi kemudahan bagi memperoleh lesen memandu menerusi SKSJ yang mula dilancarkan seluruh negara pada 2009.

Beliau berkata, program itu diadakan tiga kali setahun untuk setiap negeri dan sepanjang tahun lalu sahaja, seramai 14,836 penduduk mendapat lesen memandu menerusi program itu.

"Di Kelantan sahaja, seramai 750 penduduk memperoleh lesen memandu. Kami jangka tahun ini, lebih ramai penduduk luar bandar akan diberi peluang mengambil lesen menerusi program itu dengan yang pertama tahun ini, dilaksanakan di Pos Brooke.

"Penduduk Orang Asli yang mendapat lesen memandu itu dari beberapa kampung yang jauh di pedalaman dan mereka tidak bersusah payah mengikuti kelas memandu di akademi memandu berhampiran termasuk di bandar Gua Musang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment